Tuesday, November 25, 2008

khasiat solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

10 affirmation 2 said to 2 yourself everyday so you will be more positif and productive

1. today I'll begin a new life.
2. I will greet each each day with my love in my heart.
3. I will persist until I succeed.
4. I'm nature greatest miracle.
5. I'll live this day as it is my last.
6. today I'll be the master of all my emotion.
7. I will laugh at the world.
8. today I'll multiply my value a hundredfold.
9. I'll act now.
10. I'll pray to Allah for guidance.
This 10 affirmation can be practice in front of mirror after you Wake in the morning, try this and you'll fell more energetic and nothing can stop you from what ever you want to do. try it!!!!

Seminar 99 Jalan Mudah Buat Duit 2nd Stage

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah di kaji selidik dan survey oleh en eddy rich kita, insyaallah akan ada lagi projek seminar 99 JALAN MUDAH BUAT DUIT 2ND STAGE pada januari 2009 akan datang, ini kerana permintaan untuk seminar ini adalah sangat2 menggalakan dan kami tidak menyangka masih ada orang yang call en eddy sehingga sekarang. kali ini mungkin akan di adakan di hotel 3 bintang sekitar ibu kota, tarikh dan tempat akan di umumkan kemudian sekian terima kasih.

Sikap kita orang melayu!! this Is Fact!!

semalam aku dan beberapa org kawan aku telah berjumpa hamba allah yg pada aku adalah org yg amat2 jarang di jumpai di muka bumi malaysia ini dan berbangsa melayu!! matlamatnya hanya 1, nak membuka mentaliti kita orang melayu sebagai 1 bangsa yg di segani, di kagumi, yg bukan hamba kepada sesiapa melainkan kepada tuhan. Aku amat terpukul sekali dengan kata2 pedas dan bisa yg terungkap dari bibir hamba allah itu. Ternyata apa yg di kata adalah memang tepat dan pada aku jika ada istilah lain lg yg boleh di gantikan dengan perkataan "TEPAT" akan aku gunakan.

Hakikat dan realiti kehidupan manusia yg bergelar melayu.MELAYU!! kenapa kita banyak di kelirukan dengan faktor2 luar yg hanya mahu memutar belitkan keadaan sekeliling? kenapa kita bersikap prajudis dengan masa depan kita dan bangsa kita sendiri?? sebagai seorang penuntut universiti dan pelajar2 yg menyambung pembelajaran selepas dari SPM, kenapa bersusah payah pinjam pinjaman tabung pendidikan nasional (PTPTN) Tabung pembangunan kemahiran (TPK) dan lain2 lg?? semata2 untuk menuntut ilmu dan mendapat segulung ijazah dgn harapan "OoOHH nanti bila dah habis kerajaan dengan Degree ni aku akan dapat gaji besar" What The Prove?? can u tell me? for me it's sounded like u plan to MAKAN GAJI rite??

Aku pun tak paham kenapa kebanyakan org melayu lebih prefer jadi GOVERMENT SERVANT? ok la kan..better la daripada jadi kutu rayau / mat dadah/ ataupun mat rempit!! tapi kenapa?? dah banyak aku dengar dari mulut kawan2 aku cakap "KaLau KerJa KeRajAAn BoLeH BuAt LoAn..BaNyaK KemUdaHaN.." huh!! korang ada pikir pakai kepala otak yg tuhan bagi tak? study dulu pon tak habis bayar loan lagi.. ni nak tambah hutang lagi..pinjam pulak dekat bank rakyat. so? bila nak habis? silap2 sampai tua pun tak habis bayar hutang..ataupun silap2 buat kerja BODOH pinjam pulak dekat along sebab nak bayar hutang lain.. So mana pergi simpanan tua korang? Pencen?? EPF? KWSP? SOKSO? what the hell that all? duit tu sempat ke korang nak merasa bila nak tua nanti? korang kerja penat2 untuk kumpul kekayaan..Kononya lah..tapi hakikat yang akan datang..korang akan berkahwin..ada anak..duit tu maybe akan guna untuk anak2 sekolah , anak2 , anak2, dan anak2..so untuk diri sendri?? kalau yg islam tu kalau ada lebih buat pergi HAJI, yg serpihan tu mungkin la baru nak start bisness..WHAT THE HELL?? umur dah 58 - 60 - 70 baru start buat bisness? larat ke? boleh jalan ke? sihat lagi ke? otak boleh ingat lagi ke? silap2 kena tipu dgn orang lain? ye lah ..dah tua.. dah nyanyuk..mana tahu kan.. so kenapa korang tak buat loan untuk buat lebih banyak duit lagi? maksud aku.. buat pinjaman untuk buat bisness..aku sekarang umur 25tahun. aku banyak kehendak. banyak cita2. setakat dengan makan gaji aku tak mampu nak pakai kereta besar, rumah besar, harapkan cita2 je yang besar..tapi takkan cita2 saja? kena ada tindakan untuk mencapai cita2 tu..so aku kena buat sesuatu dalam hidup aku.. aku nak jadi jutawan sebelum umur aku 30 tahun, insyaallah..allhamdulillah aku ada kawan yg semuanya mentaliti yg sebegini, aku pun berdamping dengan kawan2 yg berguna macam ni. nak hidup kena cari kawan yang betul, ini hakikat!! bukan kita sombong!! bukan kita ego dan bukan kita tak bersosial dengan kawan2 yang lain, tapi kalau kawan semuanya kaki rempit, kita pon akan ikut rempit sama, kalau tak rempui jadi co-pilot, kalau kawan dengan ustaz, kita pun dapat tambah ilmu agama, dari tak sembahyang jadi sembayang, kalau kawan dengan mat dadah, tak hisap dadah pun kalau kena serbu dengan polis masuk penjara jugak sebab dalam operasi korang ada sekali..so better cari kawan. kawan yang berguna bukan tak guna, cari sahabat bukan lakhanat, kawan yang terpuju bukan terkeji. so carilah kawan2 yang buat bisness ataupun atleaste ada la buat sesuatu untuk meng improvekan diri sendiri. Enviroment is the firs step to treat who you are, be your self, cari matlamat hidup, jadikan cita2 satu impian, jadikan impian 1 realiti, and the point is NOW!! dan lepas korang habis baca nanti aku harap korang terus buat apa yang aku cakap ni.kalau tak ada apa2 improvemnet mean's something wrong somewhare. so start lah buat bisness sendri, bila dah buat baru tahu, aku guna istilah LANGGAR je. nak tunggu sampai bila? sampai tua? jangan tagguh2. Insyaallah Allah SWT akan tolong orang yang dalam kesusahan, janji sembahyang jangan tinggal.

Sunday, November 23, 2008

SEMINAR 99 JALAN MUDAH BUAT DUIT


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan, majlis seminar yang telah berlansung pada 23 November 2008 yang lalu.

Saya selaku Pengerusi majlis dan penganjur seminar terlebih dahulu memohon maaf sekiranya majlis tersebut tidak berjalan dengan lancar dan serba kekurangan. Walau bagaimanapun Allhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana majlis tersebut terus berjalan tanpa sebarang masaalah. Saya juga gembira walaupun majlis ini tidak seberapa, tetapi sedikit sebanyak saya yakin dan percaya ada di kalangan para peserta yang dapat menimba ilmu pengetahuan daripada majlis ini tentang cara mengusahakan sesuatu perniagaan.
Saya juga akan cuba sedia upaya meneruskan Majlis ini sekiranya mendapat sambutan yang ramai pada masa akan datang, saya juga akan terus mencari individu-individu yang telah berjaya dan menggorak langkah kejayaan dalam hidup mereka dalam perniagaan untuk member ilmu dan tunjuk ajar untuk kita sama-sama kongsikan. Terima kasih saya ucapkan

-Eddie Rich-

Monday, November 17, 2008

Selamat datang kawan-kawan

Assalamualaikum. Alhamdulillah setelah berbincang dengan rakan-rakan semua akhirnya tertubuh lah jua blog untuk future milionaire club ini. tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan dan bertukar2 pendapat di antara ahli club. Club juga akan mengadakan aktiviti2 dari masa ke semasa dan akan di update kan dalam blog ini.Angota club adalah terdiri daripada semua golongan usia yang sedang mengorak langkah ke bidang perniagaan, yang sedang merasakan pahitnya kesusahan, kesedihan, cabaran dan segala macam lagi. Di sini saya ingin menegaskan bahawa blog ini adalah untuk adalah tempat untuk bertukar2 pendapat, memberi pandangan serta cadangan2 bagi kebaikan semua pihak. Segala aktiviti yang NEGATIVE seperti mengumpat, mencaci, mencerca atau pun MENGKONDEM bisnes orang lain adalah dilarang sama sekali, walau bagaimanapun komen2 yang POSITIF adalah amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama. Amaran keras akan diberi kepada ahli yang membuat seperti diatas. Kepada ahli yang mempunyai persoalan atau berminat untuk menyiarkan artikel berkaitan dengan motivasi atau bisnes adalah amat digalakan dan boleh lah email saya appleq84@gmail.com. Sekian Wassalam.